Tuesday, 4 December 2018

Mengurus Organisasi Sukan : Cabaran dan Tanggungjawab



https://www.facebook.com/255873404456334/posts/2023994660977524/

Terbitan terkini 2018
Mengurus Organisasi Sukan: Cabaran dan Tanggungjawab
2018. ISBN 9789674126865
(kulit lembut). 175 halaman
Zul Aizam Yassin & Norlena Salamuddin
RM30.00
ukmpress.ukm.my (online sales)

#ukmpress
#mapimrangers


Cabaran dan tanggungjawab dalam mengurus sebuah organisasi sukan pada masa kini amat sukar dan berat untuk dipikul. Perkara ini disebabkan oleh peralihan pentadbiran sukan daripada ciri tradisional kepada struktur baru yang lebih bersifat profesional. Proses peralihan pentadbiran ini seharusnya akan menimbulkan kesan yang besar ke atas struktur, strategi dan operasi sesebuah organisasi sukan. Persatuan Sukan Kebangsaan di Malaysia pada masa kini ditadbir oleh kakitangan pengurusan secara sukarela dan dibantu oleh beberapa kakitangan profesional. Proses ini secara tidak lansung telah mengubah lanskap dan corak pentadbiran badan sukan kebangsaan secara berperingkat ke arah sistem yang lebih berorentasikan perniagaan dalam operasi harian mereka. Secara umumnya kandungan dalam buku ini membincangkan tentang tahap keberkesanan pengurusan Persatuan Sukan Kebangsaan yang terdapat di Malaysia yang didasari oleh beberapa model dan teori pengurusan seperti yang diamalkan di seluruh dunia. Buku ini juga membandingkan strategi pengurusan dan prestasi operasi Persatuan Sukan Kebangsaan yang dipilih dan kesannya terhadap pencapaian sukan yang seterusnya mencerminkan tahap keberkesanan pengurusan dalam kalangan persatuan-persatuan sukan kebangsaan Malaysia. Perbincangan seumpama ini masih belum dilaksanakan terhadap organisasi pengurusan Persatuan Sukan Kebangsaan di Malaysia, namun begitu ianya didasari oleh pelbagai kajian dalam dan luar negara yang menjurus kepada penilaian tahap prestasi pengurusan sesebuah persatuan sukan.